Hazirah Shuhaimi. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/2681286763412482868?origin\x3dhttp://hazirahshuhaimi.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
OBLIVIATE;
Muse
Specs
Way Out
Credits
+ follow Dashboard
My Escape From School Life
Wednesday, March 26, 201411:58 PM


Hi dan asslamualaikum semua ! hm dah lama sebenarnya tak update blog ni last update pun pada tahun 2012 hihi lama kan bila bukak balik blog ni tengok post yang lama reaction macam '' Ya Allah macam ni ke aku dulu ! hahah '' sebab post semua pasal kpop je banyak mase dulu . So okay sebenarnya harini nak cerita pasal result SPM dan course apa yang akan saye ambil untuk masuk Universiti nnti hehe , saja la nak kongsi cerita kat korangkan , Here we go okay nak mula kan cerita pada tarikh 20/3/2014 hari Khamis result spm keluar , sehari sebelum result keluar pun memang hati akan berdebar la takut kalau ingat pasal result i'm very sure semua yang amik result akan takutkan macam biase lah kan . Sebenarnya target nak dapat 4A tau haha nak sangat sebab kita ni bukanya pandai sangat pun biase je average student je kat sekolah hehe , so malam tu sehari sebelum result keluar kawan-2 semua dah mula tanya and bincang nak datang pukul berapa ? , nak pakai baju apa esok ? hahah semua macam gelabah semacam je malam tu and aku pulak tak sabar sangat nak jumpa kawan-2 yang dah lama sangat tak jumpa kan mestilah rindu , so esok pagi nak amik result aku dengan Najiha dah janji nak check result kan phone dulu lepas dah dapat baru pergi sekolah , kitaorang ingatkan nak datang lambat sebab malu nnti org tanya dapat result berapa hahah , last-2 datang pukul 11 ke 11.30 macam tu la aku tumpang Najiha ingatkan result dah dpt tapi belum mase kat rumah Najiha kate die dah tau result die apa , Haha aku punya ni haa lambat nak sampai sampai 8 kali aku hantar pukul 1 baru dapat tau . Result aku takde la baik tapi memuaskan jugak la Alhamdulilah ni semua dari hasil aku belajar yang agak malas sikit hahah. So my mom and dad pun tahu tahap aku macm mana diorang okay je dengan result aku . Aku rasa bersyukur sangat dapat mak dan ayah yang sangat memahami tahap anak dia macam mana. Aku kata kat mak aku '' Mama adik mintak maaf ye ma ni je yang adik mampu bagi untuk mama dan ayah mintak maaf ma " and mama cakap "takpe lah dik mama dah tahu dah tahap anak mama semua macam mana mama yang mengandung kan kau selama 9 bulan Alhamdulilah la mama bersyukur je" aku macam nak nangis jugak lah bila mama cakap mcm tu sebab mama faham anak dia macam mana. Malam tu bincang dengan mama and ayah nak amik course apa nnti , ayah nak sangat suruh aku amik menjahit tapi aku tak minat menjahit ni lepastu ayah suruh amik kulinari pulak aku mmg suka masak tapi sekarang pun kat luar dah banyak sangat benda yang dikaitkan dengan memasak kan macam katering semua , last mama suruh amik TESL so aku pun memang minat lah kan dengan bahasa inggeris ni  and mama cakap kalau kita dah ada diploma tesl ni nnti senang kita nak pergi jauh , so aku pun decide amik tesl dekat KUIS iaitu Kolej Universiti Islam selangor . Aku mampu masuk private jelah dengan result aku kan nak buat macam mana . Alhamdulilah Ya Allah aku harap aku dapat lah masuk kuis ni untuk further belajar kan Amin. 


P/S : Untuk adik-2 yang amik SPM tahun ni belajar lah bersungguh-2 dari sekarang kalau dari mula dah main-2 memang takde harapan la nak dapat banyak A nnti haha , tapi Insyallah ade kalau kurangkan sikit main-2 time belajar dan yang paling penting fokus dalam kelas tanya kalau tak faham or tak tahu kat cikgu atau kawan and hormati lah ibu bapa dan guru . So sampai sini sahaja la enteri blog harini hehe mintak maaf kalau ade terkasar bahasa dan semoga hari-hari anda berjalan dengan lancar semua Asslamualaikum Terima Kasih sebab luangkan masa untuk baca blog saya yang tak seberapa ni hehe.